Selamat mencuba drp Seharum Dapur Bonda Kc
Semoga bermanfaat lagi berkat
Bahan2 A:
15gm agar2 serbuk clear
1 cawan gula pasir
1000ml santan
(saya guna: 500ml santan kotak ayam brands + 500ml air masak)
Penyediaan larutan santan:
1) masukkan agar2 serbuk bersama santan dalam satu periuk.
2) masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
3) selepas 10minit, masukkan gula pasir. Kacau rata.
4) selepas 10 minit kemudian, boleh kecilkan api dapor. Kacau selalu larutan santan.
Bahan2 B:
15gm agar2 serbuk clear
1 cawan gula pasir
300ml air pandan daripada10 ke 15 helai daun pandan (kalau size besar guna 10 helai.. Saya guna 15helai)
700ml air masak
Pewarna hijau (jika perlu)
Penyediaan larutan pandan:
1) daun pandan dicuci, dipotong dan dikisar/blend bersama 300ml air masak.
2) tapis untuk dapatkan air pandan. Kita perlukan 300ml air pandan.
3) masukkan 300ml air pandan bersama 700ml air masak dan agar2 serbuk dalam satu periuk.
4) masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
5) selepas 10minit, masukkan gula pasir. Kacau rata. Boleh tambah pewarna hijau, jika perlu. Saya tambah anggaran 1 sudu kecil sahaja, utk warna.
6) selepas 10minit kemudian, kecilkan api dapor. Kacau selalu larutan pandan.
*Gunakan acuan/loyang dengan isipadu 2000ml.
*Kaedah/cara untuk melapis puding adalah sama untuk acuan yang berbeza.
Yang beza adalah jumlah sukatan untuk setiap lapisan. Oleh itu, kiralah sukatan untuk setiap lapisan mengikut acuan/loyang yang kawan2 gunakan.. 😊
Saya gunakan bekas makanan 6 biji. Berikut cara saya melapis:
1) sukat dan tapis 300ml bahan A (santan). Untuk setiap bekas, saya masukkan 50ml larutan santan sebagai lapisan pertama. Keraskan dalam freezer anggaran 3 minit.
2) keluarkan dari freezer, cucuk2/cakar2 sedikit dengan garfu lapisan pertama sebelum tuang lapisan seterusnya.
3) sukat dan tapis 300ml bahan B (larutan pandan), masukkan 50ml dalam setiap bekas sebagai lapisan kedua. Keraskan dalam freezer anggaran 3 minit.
4) ulang proses melapis hingga semua larutan habis.
5) jika ada lebihan larutan, sukatan tak cukup utk lapisan seterusnya, campurkanlah larutan santan dan pandan untuk penuhkan acuan2 kecil pula.
6) bila puding lapis pandan keras, keluarkan dari acuan dan hiaslah ikut kreativiti masing2.. ☺
Nota: setiap kali memasukkan larutan puding, tolong gunakan sudu dan tuang larutan atas sudu.. Tidak terus ke lapisan puding, takut lapisan sebelum pecah sebab nipis dan lembut..
Selamat Mencoba...
0 comments:
Post a Comment